Assalamualaikum wbt..
~ Kita laungkan Allahu akhbar
Allah maha besar
Hari yang indah senyuman pertama
hulurkan salam ukhuwah kita
berpesan mengingati dituntut agama
kita bagaikan satu keluarga ~
Subhanallah...indahnya lagu yang berkumandang di blog ini.
Lagu ini merupakan lagu tema blog ini, blog SinerGi_liLLah...
Kepada pembaca sekalian...
pernah tak terfikir tentang nama blog ini, SinerGi_liLLah
Nak tahu tak macam mana tercetusnya idea blog ini dinukilkan dan kenapa nama SinerGi_liLLah yang dipilih??
Okey..begini. Kenal tidak novelis muda yang termasyhur sekarang ini Muhammad Hilal Asyraf bin Abdul Razak? Pasti reader2 novelis terutamanya novel2 dan buku2 islami akan beliau.Banyak buku2nya yang sangat bermotivasi dan memberi inspirasi.Salah satu buku yang telah menjadi sebuah inspirasi yang amat besar impaknya kepada kami, iaitu buku SINERGI. Walaupun buku tersebut sudah agak lama dipublishkan, tapi dalam kalangan kami ada yang agak kurang minat membaca karya novelis baru seperti Akhi Hilal Asyraf ni, and then tergeraklah hati kami untuk tahu apa yang novelis yang diminati ramai ini (terutama kawan2 sekolah dulu yg minat) nukilkan dan sampaikan..
Apabila salah seorang daripada kami sedang membacanya..terrsangat excitedlah untuk berkongsi apa yang dibacanya. Jadi kami semua sama2 menunggu turn untuk baca buku yang telah merubah minda kami..yang membuka minda kami..
Buku SINERGI ni mengisahkan dua sahabat yang berukhuwah berlandaskan keimanan kepada Allah.
.Watak utamanya Irfan dan Asid, dua ‘kembar’yang selalu mendapat
perhatian disebabkan ukhuwwah yg berpaksikan keimanan..terkenal dengan
istilah, sinergi 1+1=3..1 induvidu + keimanan.
Mereka terpaksa menempuh pelbagai mehnah dan tribulasi..(ayat famous kt dq), terutamanya oleh disaster five..yang sangat menguji kasabaran, keimanan, dan ukhuwah fillah. Irfan dan Asid, merupakan pemimpin pelajar yang mendapat tarbiyah (teringat kt matri) yang menjadi benteng mereka dari pelbagai ujian..
Sinergi ni juga menunjuk jalan dakwah bilhal..dan dakwah paling berhemah
dan berhikmah yg dlakukan oleh Irfan dan Asid dlm membawa disaster five
ke jln ketaqwaan..sorang demi sorang dpt ditariknya asbab ukhwah dan
pengisian jiwa mereka yg selama ini kosong.
Macam2 lagi yang dapat dikongsi, tapi x perlulah tulis semua. Kalau nak, bacalah sendiri.Jadi , buku sinergi ini telah mengajak kami sama2 berfikir, adakah ukhuwah yang kami bina benar2 atas dasar iman kepada Allah.. INSYAALLAH...Jadi kami bercita2 ingin menggapai ukhuwah fillah ini dan meneruskan perjuangan menyampaikan kalam dan deen Allah di mana2 shj di pelosok dunia ini suatu hari nanti. Walaupun tidak seiring, terpaksa berpisah sekalipun, tetapi ukhuwah yang tersimpul mati ini tidak terputus sehingga ajal yang datang menjemput..
Oleh itu, buku sinergi inilah yang sangat2 memberi inspirasi buat kami untuk menghasilkan blog sharing tsaqofah ini. Thanks a lot juga kepada Akhi Hilal Asyraf yang telah menghasilkan karya sinergi ini, sehingga melonjakkan semangat ukhuwah fillah di antara kami. Moga terus dalam menghasilkan karya2 yang bernas dalam mengisi rohani..
Mari sama2 kita berkongsi and tambahkan tsaqofah ya..^_^
Wallahualam
No comments:
Post a Comment