Monday, 30 April 2012

nak jadi baik ?

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

alhamdulillah ALLAH masih memberi ana peluang untuk berkongsi ilmu..
mungkin di sinilah wasilah yang terbaik yang dapat ana manfaatkan untuk satu perkongsian yang sedikit.
kalau nak harapkan bercakap depan orang ramai mungkin masih belum diberi kekuatan..
jadi semoga apa yang bakal dikongsikan dapat diambil ibrah atau pengajaran.

"SAMPAIKANLAH DARIPADAKU WALAU SEPOTONG AYAT. "



pernah tak sesekali hati kita terdetik :

"teringin nya nak jadi baik.macam dia tu.."

mesti selalu..tapi tahu tak kita bahawa walaupun itu cuma sekadar detikan dalam hati..
tapi itu sebenarnya satu jemputan dari ALLAH supaya kita berfikir dan kembali kepadaNYA..
bukan semua orang ada niat untuk menjadi baik bahkan nak buat baik pun susah.
jadi,bersyukur lah anda sekiranya hati anda pernah mengatakan saya ingin menjadi baik..

tetapi..untuk menjadi baik bukan sekadar itu..
segala-galanya memerlukan usaha.seberapa banyak usaha kita.itulah yang allah akan nilai.





nabi muhammad SAW bersabda:

"sesungguhnya Allah tidak melihat pada fizikal dan wajah kamu.tetapi Allah melihat pada usaha dan hati kamu "

jadi jangan sangka dengan rupa paras yang hensem/ cantik ,anda akan dipandang lebih oleh allah..TIDAK sama sekali..paling penting adalah hati >>

langkah pertama mestilah bermula dengan ..

SOLAT..

~ketika solat ibarat kita telah menyerahkan seluruh hati,jiwa ,pancaindera kita kepada allah..bermakna ,tiada siapa yang dapat menguasai diri kita melainkan allah..

~ 6 langkah mencapai solat yang khusyuk :

  1)  mencari pengertian dan faham setiap ayat yang kita baca ketika solat.
     *orang yang solat tanpa memahami apa yang dibaca samalah seperti burung kakak tua yang pintar berkata2 walaupun sebenarnya dia sendiri tidak faham apa yang dikatakan.

 2) fokus

 3) membesarkan allah.

   *maksudnya ialah seperti dalam firman allah:

"sesungguhnya orang2 yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama allah gementar hatinya,dan apabila dibacakan ayat kepadanya bertambah kuat imannya dan hanya kepada tuhan mereka bertawakal"
                                                                                                                      -surah al anfal ayat 2-

 4) kagum dan takut pada allah

 5) harap pada allah

 6) malu dan rasa hina pada allah

maka..sama samalah kita perbaiki kualiti solat dan ibadah kita.
sesungguhnya diri kami juga masih banyak lagi kekurangan dan peringatan ini buat diri kita bersama.
semoga amalan kita diterima ALLAH dan mendapat syafaat di hari kiamat kelak.
wallahualam..


No comments:

Post a Comment