Group SAFF-SyatirahAliaFarahFazira :)
Emmm..yum yummy..!! :)
Tahu tak apa kat atas ni? gambar kek batik la..sedaap..
Ini kek batik yang group sinergilillah buat. Kek batik ni memang famous dibuat oleh pelajar2 asrama sebab tak perlukan kuali nak buat kek batik nie..terliur tak tengok kek batik kat atas ni?senang saja nak buat kek batik ni. Ana bagi resipi ya. Kalau yang teringin, buatlah.!
Bahan :
Kek batik
eh..
1 peket serbuk milo / vico /ovaltine /koko (yang sewaktu dengannyerlah )
1 tin susu pekat
1 peket Biskut marie
Marjerin / butter / planta (mcm same jer)
apa lagi ntah..okey diatas sahaja..sikit je kan.
Kami buat ni ikut sedap tangan je..first try in error..
Just campur2 kan semuanya..mula2 memang nampak agak tak jadi, tapi bila nampak sedap n menjadi, kami tambahkan lagi kekreatifan menghasilkan kek ni..tambahkan layer2 pulak atas kek ni..
Alhamdulillah.. menjadi!..Sedaap..menyelerakan, manis, delicious...yang penting...kami buat kek bersama..kami rasa manisnya berukhuwah..!! :) Di samping kami berhost di rancangan masakan Sinergilillah, kami share macam2..Berdiskusi tentang masa depan..kenangan apakah yang akan terukir..??
Opps..ape yang kena mengena dengan tajuk kat atas ya??
Ape yang susahnya nak rasa manis?
Kenapa ana cakap susah?
Kelazatan iman (Halawatul Iman) tidak akan dapat dirasai jika kita tidak
memulakan langkah untuk memahami hikmat di sebalik setiap apa yang kita
lakukan, mengapa dan bagaimana kita lakukannya.
Macam nak buat kek batiklah jugak, kalau nak teringin kek batik, kenalah memulakan langkah mencari resipi2 yang cukup. lepastu, kena tahu nak buat dan bagaimana kita memperindah kek batik tersebut. Hasilnyer kek batik yang sedap dan manis...!!
Tapi nak mencari dan merasai kelazatan Iman itu bukanlah semudah membuat kek batik!
Nak dapat rasa manis iman tu, seseorang mesti ada resepi2 jugak..
Ada 3 resepi, yang jika 3 resepi ada pada seseorang, maka dia akan merasai manisnya iman....
1. Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya
2. Mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah
3. Benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya
seperti bencinya jika dicmpakkan ke dalam api
Susah tak, nak buat resepi kat atas tu..?Tapi jika kita benar2 orang beriman dan mengharap hanya pada Allah..tidak susah untuk tanamkan resepi tersebut.
Macam mana nak tahu kita ni dapat merasai kalazatan iman atau tak??
apabila kita sentiasa merasai nikmatnya dalam mentaati Allah. Tenangnya hati, lapangnya jiwa apabila menerima ujian musibah dan nikmat daripada Allah.....
Sudah sampaikah kita dalam merasai kelazatan iman itu..Jadi..Kita mesti sama2 berusaha..
Ana juga hamba yang sangat naif dan lemah...
- Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya.
- Mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan sunat.
- Terus menerus berzikir kepada Allah dalam setiap tindak tanduk kehidupan dengan hati, lisan atau perbuatan.
- Mendahulukan apa yang dicintai Allah daripada apa yang dicintai diri sendiri.
- Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang soleh
- Menjauhi segala perkara yang dapat menghalangi pautan hati dengan Allah.
Marilah kita sama2 topup ibadah dan islahkan diri kita.....
Sempena blog ukhuwah fillah ini, ingin ana kongsikan...
Riwayat Imam Bukhari dan Muslim, Sabda Rasulullah SAW mengenai tujuh golongan yang akan dinaungi Allah salah satu antaranya ialah..
"Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya."
Moga kita sentiasa dinaungi Allah hendaknya..ukhuwah fillah abadan abada ^_^ |
No comments:
Post a Comment