Friday 25 May 2012

salam manis tanpa gula




assalamualaikum..

Alhamdulillah.setelah sekian lama tak meng UPDATE blog ni disebabkan terlalu busy dlm fatrah exam..
kali ni ALLAH beri lagi saya peluang untuk berkongsi sedikit pengalaman yang kami semua alami sepanjang minggu exam menjelang....


first of all...
21.5.2012 bersamaan hari isnin bermulalah pertempuran jihad kami yang pertama..
exam pertama sekali  yang kami duduki ialah syafawi alquran..kalau nak berkongsi tentang perasaan tu sudah  tentula bercampur baur takut dan menggeletar..tapi..
itu semua tidak menjadi halangan kami untuk terus mara dan tidak berundur..hee(hiperbola)

saat  giliran no7  dipanggil ..

masyaallah..rasa nak jatuh seluruh jantung n terasa masa tu mcm dah tak boleh fikir apa2 melainkan meletakkan setinggi-tinggi tawakal kepada yang ESA..kerana kepada dia jualah kita bergantung harap dan menyerahkan seluruh jiwa raga padanya..kalau bukan dengan izinnya..kita tetap tidak boleh kecapi kejayaan tu sebab kejayaan itu semua milik allah..cuma satu yang dapat saya mohon..

'ya allah kau permudahkan lah segala urusan ku dan sahabat2 ku'

dengan sokongan moral daripada kawan2 ..

saya masuk dengan penuh ketenangan dan dimulai dengan bismillah  dengan setinggi harapan dipermudahkan segala urusan semasa di hadapan mumtahin..

soalan demi soalan diajukan ..dan alhamdulillah dengan izin allah dapat dijawab walaupun tidak sempurna mana..

pada mulanya ..selesai saja imtihan syafawi,saya terus keluar dari bilik peperiksaan dan rasa sangat sedih..

kenapa saya sedih ??

sebab ketika itu saya tidak melakukan yang terbaik padahal saya merasakan saya boleh melakukan lebih dari itu..

<<<<itulah manusia ..mereka selalu memandang apa yang mereka tak dapat kecapi padahal apa yang allah tentukan kpd hambanya itu adalah terbaik..kita selalu memandang orang yang berada di atas kita tetapi mengabaikan orang yang berada di bawah..kadang2 orang yang lebih teruk dari kita boleh bersyukur lebih dari kita sebab merasa apa yang allah bg itu sentiasa cukup..

#bersyukur lah kamu keatas setiap apa yang kamu telah peroleh.kerana mungkin satu hari nanti kamu akan kehilangannya..kejayaan atau kegagalan itu cuma pinjaman allah sahaja untuk menguji tahap iman hambanya..

sahabat sahabiah..

tahu tak..?kita selalu menyalahkan allah kerana memberikan kita kegagalan ..kekecewaan..dan sebagainya..

tapi.tau tak sebenarnya allah ada jawapan dia yang tersendiri kenapa dan apa hikmah disebalik semua itu ..


1  )  yes ,its for you.

2  )  i will give it to you..but not now

3  )  no  , because i have a better plan for you

jadi..

bersangka baik lah dengan allah..



semoga kita semua mandapat kejayaan dan yang paling penting ..

WE SEEK FOR MARDHOTILLAH!!ALLAHUAKBAR..

contohilah kisah perjuangan sultan muhammad al-fateh ketika baginda berusaha untuk menawan kota konstatinopal..semoga kita mendapat manfaat daripadanya..aminn..





Monday 21 May 2012

TIME itu MASA

Assalamualaikum

dah lama x menulis, dah lama blog ni tersadai.. haha.. minta maaf la.. agak busy ckit, lau ada masa pun, xde mood nk menulis.. =)



so, hari ni nak share ckit la pasal masa.. banyak kan kita dengar pasal masa itu emas, masa itu ini, masa itu itu.. n mcm2 la.. even dalam islam pun, masa itu sangat penting.. sbb tu byk kali Allah bersumpah dengan masa, spt dlm surah al-asr, al-lail dan mcm2 la.. ( check sndiri ye kalau nk tahu lebih lanjut )


bercakap pasal masa ni kan, teringat saya pada moderator yg kendalikan forum sms sy di darul quran dulu, merangkap pengerusi IQRaC la.. sy tertarik kpd perkongsian yg diselitkan, katanya, gurunya dulu pernah ditanyakan pasal soal masa nie.. lalu apa kata gurunya??


" masa ini sbnrnya sesuatu yang subjektif..selalunya kita dgr, kcntikan je yg subjektif, kan?huhu.. tp itulah hakikatnya.. cuba kita perhatikan, kadang2 hari itu boleh jadi panjang bagi seseorang, dan dalam masa yg sama, skjp bg orang yg lain,, sdgkan Allah membrikan tempoh yang sama bg stiap hambaNya iaitu, 24 jam.. jadi, sekiranya seseorang itu memberikan alasan bahawa dia tidak cukup masa, dia sbnrnya x berjaya menguruskan masanya dgn betul.. jadi, eloklah kita berdoa kepadaNya agar diberikan kelapangan, agar setiap saat yang berlalu itu, tidak sia2 dan penuh dgn barakah, insyaAllah..

alang2 dah menulis, izin sy nak share ckit, kata2 yg pernah diungkapkan oleh kumpulan Soldiers Of Allah sblum diorang perform..




" Assalamualaikum, may I have your attention please, throughout our lives, we muslim youth had been told that we should have fun when we were young and practices islam when we get older. Allah will ask one day, what did you do? and we have no excuse. we the youth can change this world. we have islam, we have the creativity and we have the energy. if we dont work for islam, Allah will replace us with a generation that loves Him more than us, Fear Him more than us and would bring back  Islam to this world. the sahabat was the ages, and they did it and we can do it. so now think about it!!
huhu.. sy suke SOA.. lagu2 dye mantap!! huhu..



akhir kalam.. always remeber that.. tanggungjawab itu lebih banyak dari masa.. so, jangan sia2 kan..moga kita dapat melihat daulah islamiyah kembali tertegak sebelum kita menutup mata... amiin..

p/s: maaf sy tulis ringkas n rojak.. =)

Tuesday 1 May 2012

Susah sebenarnya nak rasa manis dan lazat '_'

 
       Group SAFF-SyatirahAliaFarahFazira :)
 
 Emmm..yum yummy..!! :)
Tahu tak apa kat atas ni? gambar kek batik la..sedaap..
Ini kek batik yang group sinergilillah buat. Kek batik ni memang famous dibuat oleh pelajar2 asrama sebab tak perlukan kuali nak buat kek batik nie..terliur tak tengok kek batik kat atas ni?senang saja nak buat kek batik ni. Ana bagi resipi ya. Kalau yang teringin, buatlah.!

Bahan :
Kek batik
eh..
1 peket serbuk milo / vico /ovaltine /koko (yang sewaktu dengannyerlah )
1 tin susu pekat
1 peket Biskut marie
Marjerin / butter / planta (mcm same jer)

apa lagi ntah..okey diatas sahaja..sikit je kan.
Kami buat ni ikut sedap tangan je..first try in error..
Just campur2 kan semuanya..mula2 memang nampak agak tak jadi, tapi bila nampak sedap n menjadi, kami tambahkan lagi kekreatifan menghasilkan kek ni..tambahkan layer2 pulak atas kek ni..
Alhamdulillah.. menjadi!..Sedaap..menyelerakan, manis, delicious...yang penting...kami buat kek bersama..kami rasa manisnya berukhuwah..!! :) Di samping kami berhost di rancangan masakan Sinergilillah, kami share macam2..Berdiskusi tentang masa depan..kenangan apakah yang akan terukir..??

Opps..ape yang kena mengena dengan tajuk kat atas ya??
Ape yang susahnya nak rasa manis?
Okey..post kali ini ana share tentang lazat nyer dan manisnyer IMAN...




Kenapa ana cakap susah?
 Kelazatan iman (Halawatul Iman) tidak akan dapat dirasai jika kita tidak memulakan langkah untuk memahami hikmat di sebalik setiap apa yang kita lakukan, mengapa dan bagaimana kita lakukannya.
Macam nak buat kek batiklah jugak, kalau nak teringin kek batik, kenalah memulakan langkah mencari resipi2 yang cukup. lepastu, kena tahu nak buat dan bagaimana kita memperindah kek batik tersebut. Hasilnyer kek batik yang sedap dan manis...!!
Tapi nak mencari dan merasai kelazatan Iman itu bukanlah semudah membuat kek batik!
Nak dapat rasa manis iman tu, seseorang mesti ada resepi2 jugak..

Ada 3 resepi, yang jika 3 resepi ada pada seseorang, maka dia akan merasai manisnya iman....


1. Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya
2. Mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah
3. Benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya
    seperti bencinya jika dicmpakkan ke dalam api

resepi diatas adalah sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik

Susah tak, nak buat resepi kat atas tu..?Tapi jika kita benar2 orang beriman dan mengharap hanya pada Allah..tidak susah untuk tanamkan resepi tersebut.
Macam mana nak tahu kita ni dapat merasai kalazatan iman atau tak??
apabila kita sentiasa merasai nikmatnya dalam mentaati Allah. Tenangnya hati, lapangnya jiwa apabila menerima ujian musibah dan nikmat daripada Allah.....

Sudah sampaikah kita dalam merasai kelazatan iman itu..Jadi..Kita mesti sama2 berusaha..
Ana juga hamba yang sangat naif dan lemah...
  
 Mengikut Imam Ibnul Qayyim, antara perbuatan untuk memperoleh kecintaan Allah dan kemanisan iman, selepas melakukan ibadat wajib:
  • Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya.
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan sunat.
  • Terus menerus berzikir kepada Allah dalam setiap tindak tanduk kehidupan dengan hati, lisan atau perbuatan.
  • Mendahulukan apa yang dicintai Allah daripada apa yang dicintai diri sendiri.
  • Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang soleh
  • Menjauhi segala perkara yang dapat menghalangi pautan hati dengan Allah.
Marilah kita sama2 topup ibadah dan islahkan diri kita.....

Sempena blog ukhuwah fillah ini, ingin ana kongsikan...
Riwayat Imam Bukhari dan Muslim, Sabda Rasulullah SAW mengenai tujuh golongan yang akan dinaungi Allah salah satu antaranya ialah..
  
 "Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya."


Moga kita sentiasa dinaungi Allah hendaknya..ukhuwah fillah abadan abada ^_^